• jamilahmd@um.edu.my

Seminar Perundingan Bersama Pakar Dan Pembentangan Artikel Projek Penerbitan Buku Pulau Pangkor

KUALA LUMPUR, 16 Feb 2016: UMSERGE melalui tajaan Kluster Penyelidikan Equitable Society (ESRC) Universiti Malaya telah mengadakan satu seminar khas untuk projek penerbitan Buku Pulau Pangkor.   Seminar ini telah diadakan di Pullman Kuala Lumpur Bangsar Hotel bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.   Seminar ini dirancang sebagai platform yang mengumpulan semua penulis artikel buku yang terlibat untuk membentangkan artikel masing-masing.   Seminar ini juga berperanan sebagai platform untuk perbincangan dan pertukaran idea antara pakar dan penulis terhadap artikel-artikel yang dibentangkan pada seminar tersebut.   Pendapat kritis dan komen daripada pakar lain akan diambil kira dan digunakan oleh penulis yang berkaitan sebagai proses meningkatkan kualiti artikel mereka.   Hasil daripada seminar ini akan berguna dan memberi kesan positif kepada penerbitan buku Pulau Pangkor seperti yang dirancang.   Seminar ini telah dihadiri oleh 18 orang penulis dan penulis bersama yang terdiri daripada Pensyarah, Penyelidik dan Pembantu Penyelidik.


 

Tentatif program adalah seperti berikut:


Senarai tajuk artikel yang telah dibentangkan semasa seminar:



GAMBAR SEKITAR SEMINAR:

Prof. Dr. Jamilah Mohamad, Dekan Kluster Penyelidikan Equitable Society/ Ketua UMSERGE sedang menyampaikan ucapan kata-kata aluan pada awal majlis.


Antara para penyelidik/ penulis artikel yang hadir (1).


Antara para penyelidik/ penulis artikel yang hadir (2).


Dr. Hong Chern Wern (Water Watch Penang) sedang membentangkan draf bab buku.


Dr. Goh Hong Ching daripada Fakulti Alam Bina sedang membentangkan artikel beliau.

 
Encik Ng Ming Yip sedang membentangkan draf artikel Guna Tanah Kediaman dan Pembangunan Perumahan di Pulau Pangkor.


Cik Nurhazwan sedang membentangkan draf bab mengenai pelancongan di Pulau Pangkor.


Prof. Madya Dr. Rosmadi Fauzi, Ketua Jabatan Geografi, UM, mengambil bahagian dalam sesi perbincangan.


Gambar Kumpulan: Semua peserta yang hadir pada Seminar Pembentangan Artikel Projek Penerbitan Buku Pulau Pangkor, 16 Feb 2016, Pullman Kuala Lumpur Hotel.
 


Laporan ringkas ini ditulis oleh:
En. Ng Ming Yip
Pembantu Penyelidik Sambilan, UMSERGE.
18 Feb 2016

  • Workshops
  • Conferences
  • Roundtable Discussions
  • Research & Publications